Aktiviti gotong-royong berkala telah diadakan bersama warden dan semua penghuni asrama. Warden asrama telah membahagikan tugasan mengikut unit masing-masing. Selain dapat membersihkan kawasan kolej kediaman, para penghuni turut mengeratkan silaturahim terutamanya di antara penghuni lama dan baharu.
Wednesday, 4 April 2012
Monday, 12 March 2012
Asrama Terbuka IPG Kampus Tawau
Asrama terbuka telah dijalankan pada Musim Raya yang lalu. Selain daripada menikmati suasana berhari raya di kampus, aktiviti ini sekaligus memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyerlahkan keceriaan bilik dan wisma masing-masing kerana pada masa ini semua pelajar tidak kira lelaki mahupun perempuan, dibenarkan masuk ke semua bilik dan wisma.
para penghuni yang sedang menunggu ketibaan jemputan. |
tempat berkaraoke bagi penghuni asrama dan para jemputan. |
para penghuni asrama yang sedang sibuk menyiapkan juadah bagi para jemputan. |
Pengarah sedang memantau bilik-bilik yang terdapat di Kolej Kediaman Wisma Teratai. |
warden dan ketua wisma Teratai. |
Penghuni Wisma Teratai yang bertugas sebagai penyambut tetamu. |
Kad Gergasi yang ditandatangani oleh Pengarah IPG Kamus Tawau. |
penghuni wisma teratai yang tampak manis dengan busana masing-masing. |
keriuahan para pensyarah menjamu selera. |
keriangan warden asrama, Puan Anna Kodoh, serta penghuni Wisma Teratai menyediakan sajian pencuci mulut kepada Pengarah dan para pensyarah yang hadir. |
Majlis Berbuka Puasa
Pada bulan puasa yang lalu, satu acara berbuka puasa telah dijalankan. Aktiviti ini diwajibkan kepada semua penghuni yang terdiri dari agama dan bangsa yang berbeza. Walaupun tidak semua penghuni berada di asrama sewaktu aktiviti ini dibincangkan, aktiviti ini tetap berjaya dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dengan warden dan kesemua penghuni wisma.
![]() |
semua penghuni diwajibkan memakai kain batik untuk menghidupkan suasana kampung. |
![]() |
makan beramai-ramai di atas laintai menyemarakkan lagi suasana . |
Wisma Teratai ; Asramaku Syurgaku.
Wisma Teratai merupakan salah satu daripada 6 buah kolej kediaman yang terdapat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau. Wisma ini sebelumnya hanya didiami oleh seramai 99 orang puteri yang terdiri daripada pelajar PPISMP TESL, PISMP PEMULIHAN dan PISMP PRA-SEKOLAH, berbanding kini yang dihuni seramai 138 puteri termasuk PELAJAR GSTT PAI & BM serta pelajar DPLI BM.
Hal ehwal Wisma Teratai berada dibawah jagaan Puan Anna binti Kodoh, warden wisma ini, dan dibantu oleh beberapa AJK kecil untuk memastikan keadaan asrama sentiasa berada dalam keadaan kondusif.
Sebarang aktiviti wisma akan dikemaskini di blog ini untuk tatapan pembaca :)
Subscribe to:
Posts (Atom)